Blog Hiburan Sensasi Dan Terkini Tentang Artis Malaysia


Shah Jaszle Tukar Nama Kepada Shahrizal, Penat Je Abang Nara Belajar Menyebut Selama Ini
Saturday, January 7th, 2012
Untuk makluman, sebutan nama Shah Jaszle yang sebenarnya ialah Shahz Jazel. Kemungkinan besar terlalu ramai yang menyebut Shahz Jaszli sehingga membuatkan Shahrizal keliru dan kecewa. Alang-alang baiklah tukar nama terus. Senang sikit orang nak menyebutnya. Kata Shahrizal_:-
Mereka (keluarga) berkata, menggunakan nama sendiri dalam kerjaya kita akan lebih kuat auranya dan diakui saya dapat rasa perbezaan semangat selepas menukarkan kepada nama tersebut. Sejak menggunakan nama ini, kehidupan saya lebih stabil dari segi kewangan, kerjaya dan peribadi. Semoga penggunaan nama Shahrizal dapat mengukuhkan lagi karier saya di masa akan datang nanti. Alhamdulillah peminat-peminat memberi respons yang baik. Apa-apa pun saya tidak menyesal dengan keputusan ini walaupun saya telah menggunakan nama Shahz Jaszle sepanjang lima tahun dalam industri seni tempatan,Semoga dengan pertukaran nama ini, tiada lagi kontroversi yang terpalit kepada Shahrizal. Jangan sekadar tukar nama sahaja. Tak gitu? Kredit berita Mstar.
Peluang Menangi Temujanji Bersama Diana Amir Dan Sebuah Blackberry Playbook
Saturday, January 7th, 2012
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu bermain Facebook Apps filem Keramat di Fanpage David Teo. Caranya sangat mudah. Bersesuaian dengan tema filem Keramat, anda hanya perlu hantarkan seberapa banyak barang keramat kepada rakan-rakan anda. Makin banyak yang dihantar, makin tinggi peluang untuk anda bertemu muka dengan Diana Amir sekaligus memenangi Blackberry Playbook.

Sedikit sinopsis ilem Keramat yang bakal memulakan tayangan pada 12 Januari ini:-
Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dasyat di mana semua penduduk kampong mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib. Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan bermula denga kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah.

Nampak macam seram kan? Kalau tengok trailer filem Keramat nie, memang seram rupanya.
So tunggu apa lagi? Tingkatkan peluang anda untuk memenangi sebuah Blackberry Playbook dengan menghantar barang keramat sebanyak mungkin hari ini jugak. Abang Nara dah hantar 10 barang dah. Hehehe. Sila cepat sebelum terlambat.
(FUTURA)Wajah 6 Orang Selebriti Pujaan Ketika Tua
Friday, January 6th, 20121. Aaron Aziz

2. Hans Isaac

3. Nora Danish

4. Fasha Sandha

5. Redza Minhat

6. Fazura

Harap tak ada lah peminat yang akan sentap kerana kami pasti selebriti pujaan anda lebih sporting.Lariiik!
Edit: Kami sedang buat semula untuk wajah Neelofa.
Edit 2: Neelofa redo.








No comments:
Post a Comment